Monday, December 7, 2009

SUDUT

Apakah itu SUDUT ??
Sudut ialah bentuk yang terbentuk oleh dua garisan yang berkongsi titik hujung yang sama, yang dipanggil puncak sudut. Sudut memberikan satu cara untuk menyatakan perbezaan dalam kecerunan antara dua garisan yang bertemu di bucu tanpa perlu mentakrifkan kecerunan keduanya. Sudut dipelajari dalam geometri dan trigonometri.


Apakah unit ukuran bagi SUDUT ?

Sudut merupakan hasil bahagi panjang suatu lengkung s dengan jejari bulatan r, dan boleh jadi dikalikan dengan suatu pemalar k:

Sudut dianggap tidak mempunyai dimensi, kerana ia ditakrifkan sebagai nisbah dua ukuran panjang. namun terdapat beberapa unit yang digunakan untuk mengukur sudut, bergantung kepada pemilihan pemalar k.




Bulatan penuh atau satu pusingan atau putaran menggunakan k = 1/2π, menjadikan sudut 1 bulatan penuh = 2π rad = 4 sudut tepat = 400 gon = 360°. Unit ukuran sudut ialah darjah (°).

Apakah alat pengukur yang boleh diguna untuk mengukur sudut?

  • Protraktor



Sudut boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

  1. Putaran Lengkap
  2. Sudut Tirus
  3. Sudut Cakah
  4. Sudut Refleks
Putaran Lengkap
Satu putaran yang kembali ke titik permulaannya. Satu putaran lengkap akan menghasilkan satu sudut sebesar 360 ° . Ini bererti, jumlah sudut pada titik adalah 360°.


SUDUT TIRUS
Merupakan satu sudut yang nilainya adalah kurang daripada 90°.

SUDUT CAKAH
Satu sudut yang melebihi daripada 90 darjah tetapi kurang daripada 180°.

SUDUT REFLEKS
Sudut yang lebih daripada 180 darjah tetapi kurang daripada 360°.